<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3179103906146357818\x26blogName\x3d.\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://nradlnadrh.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nradlnadrh.blogspot.com/\x26vt\x3d47595295862450681', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
bonjour ~

Welcome to the twenties world! I was once told that the twenties are the best years to make an account of precious memories of life, dreams and love–doing so in the most vibrant manner possible.

:a girl and superwoman.
+ follow |



new life begin
written on Thursday, April 13, 2017 @ 2:26 AM ✈

hi and maybe dah lewat kot alin nak ucapkan selamat tahun baru 2017. yelah now dah april kot haha. well seperti tajuk di atas, kehidupan baru alin baru sahaja bermula sejak sebulan yang lepas. well i got continues my further study di universiti diperingkat Ijazah Sarjana Muda. alhamdulillah. but alin terpaksa tukar course and maybe Allah dah tahu alin tak boleh nak go on dengan course yang lama. and I happy with my life now. tidur cukup makan? lagi lah cukup haha. so boleh dikatakan semuanya cukup lah. course baru, classmate baru, roommate baru. jadi alin kene biasakan diri dengan semua ni. kene pandai bawak diri kt tempat org and this is my first time jauh dari rumah. uwaaa homesick teruk. baru tahu rasa homesick tu mcm mana. so far dah sebulan alin duduk sini dengan roommate baru. classmate baru, semuanya okay. roommate jgn kata apa mmg gila-gila lah. and kehidupan uni ni sama je mcm diploma dulu tkde beza pun. and jangan lah percaya kata orang yang akan dapat jodoh bila masuk uni. semua tu menipu semata-mata haha. dari zaman diploma sampai lah ke degree gini jugak lah alin masih single. post kalini takde apa sangat pon. tunggu nextpost ok? alin cerita benda lain pulak. 

0 comment[s] | back to top



people
written on Tuesday, May 31, 2016 @ 3:01 PM ✈

assalammulaikum guys. uish macam dah lama tak update blog kan? haha yelah sebulan ni busy buat part time dekat kedai baju penat gila gila gila. haha well masa kerja dekat kedai baju tu alin jumpa orang yang berjenis-jenis ragam tak kira lelaki ke perempuan ke budak-budak dan orang tua. kadang-kadang seronok tgk dorang ni sampaikan kita boleh senyum sorang-sorang haha serius lah tak tipu. ada satu customer bukan orang malaysia, i think arab kot boleh tak ia ckp dgn alin "please find his pants" haha kalau dia anak alin yes alin boleh carikan ni tak dia cakap cmtu then terus dia blah pergi cari baju dia and nasib baik mak budak tu datang that time bini dia cakap " its okat i'll find myself" see perbezaan antara suami dan isteri. haha dan ada lagi customer ni boleh dikatakan warga emas lah. bila dia carikan baju untuk suami dia bermcm-mcm kerenah laki dia tu itu tknak ini tknak tp bini tu ikutkan ajelah. bila si suami dah selesai beli baju dan turn bini pulak boleh dia tglkan bini dia sorg-sprg beli baju dan dia pergi lepak dekat kedai makan sebelah kedai alin kerja tu haha. dan budak-budak pon ada macam-macam kerenah ada yang masuk-masuk je kedai terus pergi section mainan ada yang jenis ikut mak ayah cari baju haha ada yang pergi cari baju sendiri lepastu panggil mak ayah sekuat hati haha how cute lah dorg ni. apa yang alin tgk bila dh berkahwin benda yang paling penting dalam rumah tangga adalah bertolak ansur. alin tk kawin lagi but i can see bila ada customer suami dan isteri and bwk lagi anak-anak berderet dekat blkg tu macam mana dorg jaga anak-anak dorg mcm mana dorg train anak dorg tu. :)

0 comment[s] | back to top



give up? please dont!
written on Friday, April 8, 2016 @ 10:18 PM ✈

please jangan jadi seorang yang mudah berputus asa. tak mungkin gagal sekali selama-lamanya akan gagal. well for this week bermacam-macam benda tak berapa nak elok berlaku pada keluarga alin. dua kali accident dan ada perkara berlaku yang tak diingini di taska mak. hm i know i am not supposed to mengeluh kita sepatutnya bersyukur sebab even kami sekeluarga mengalamai beberapa hari yang agak sukar tetapi allah tetap permudahkannya. kadang-kadang apa yang berlaku tu adalah untuk memberitahu kepada diri kita sendiri apa yang kita dah tak amalkan apa yang Dia suruh, kita lupa apa yang Dia suruh kita buat untuk masa akan datang dan untuk berjaya. kita jadi lalai dan lupa segalanya bila kita senang. dan bila susah kita mencari-cari Dia untuk permudahkan segala urusan. Dia sering membantu kita tapi kita? tak membantu diri pun diri kita ni sendiri. walaupun dah banyak kali kita terkena kejadian yang tak diigini berlaku kita selalu marah, maki dan macam-macam lah. jangan lah macam tu, apa yang kita lalui tu semua mesti ada hikmahnya. pasti. 

0 comment[s] | back to top



written on Tuesday, March 29, 2016 @ 2:30 AM ✈

assalammualaikum,   hi guys. by the way pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung semester untuk diploma last semester. dulu asyik cakap "ish bila nak habis study ni, dorang dh hbs dah" okay ayat ni mmg glamourss gila di kalangan student yang ada kawin jenis semester pendek ni. but its okay lumrah bila jadi student wehhhh. so final year projek, final year presentation dah habis yay. ia berlaku dengan jayanyaaa and for the last time supervisor ada cakap satu benda yang alin takleh lupa "NEVER STOP LEARNING" even kau dah habis belajar kt uni ke kolej ke sekolah ke, apa yang kau buat tu adalah salah satu pembelajaraan even kau kata "eh aku sekarang ni dah kerja lah" well kau buat kerja tu semuanya betul ke? takkkk kan? kau akan pergi tanya pada orang yang lebih arif untuk mendapatkan sedikit tips. and itu lah yang dinamakan belajar. pergi lah mane-mane sekali pun semua nya sama if tak tahu kene lah bertanyakan? untuk dapatkan jawapan yang betul-betul menjawab persoalan kau ni. well alin adalah satu cerita ni, masa praktikal. budak ni adalah seorang senior alin dekat kampus, and budak ni memang cantik gila gila sampaikan staff dekat company tu smpai tkleh toleh tmpt lain dah kene tgk muka dia je. so nak dijadikan cerita dia ni interview untuk dapat kan technician autocad dekat company tu. boss kasi masa 30 minit untuk siapkan layout dah diberikan tu. okay masa tu kiteorg kononnya nak lah tolong lah dapatkan jawatan tu. so kiteorg pun tanya. "eh okay tak? boleh tak? kalau tk boleh kak ni boleh tlgkan abg ni pun boleh tlg kan dorg pro kt sini." dia pun ckp eh tkpe ok dengan muka sombong dia tu. last-last 30minit dh hbis mcm tu je dann nak tahu takk layout dia tak siapp langsung dia kata kt boss dia tak reti nak setting benda ni cmne. and yess mmg abg tu saja tukarkan setting acad tu nk tgk dia boleh buat ke tak. rupanya tidakk sebab dia tak reti nak bertanya. mungkin dia fikir dia lagi pandai dari orang lain kut. mungkin lahh. 

0 comment[s] | back to top



lifeeeee
written on Sunday, March 13, 2016 @ 12:48 AM ✈

hai guys. macam lama jugak kan tak update blog ni. well nak buat cane. kite busy dengan studio last semester. hmm in 3 years for diploma ni macam-macam jenis orang yang alin jumpa, ada yang jenis pentingkan diri, ada yang jenis acah-acah rajin ada jugak yang jenus mengampu lecturer dannn ada jugak yang jenis lepas tangan bila dapat kerja berkumpulan. masa alin praktikal dulu pun ada jugak yang jenis mengampu manager ataupun bos. semua benda dia nak buat.  kalau boleh semua benda dia nak nampak bagus. yang jenis mengampu bos ke mananger tu pergi lah dia kesana pergi main jauh jauh. meh sini alin cerita jenis-jenis yang berada di dalam class. salah satunya jenis pentingkan diri sendiri. bila kita buat kerja dalam kumpulan mesti lah ada kerjasama kan? even kerja kau dalam group tu tk sebesar mana pun. tapi ada jugak yang jenis lepas tangan mungkin dia fikir takpelah group aku dah ramai. yes mmg lah ramai tapi bila orang tak nampak kau buat kerja ataupun tak datang perjumpaan orang akan sakit hati, orang akan marah dan orang akan mengata kau macam-macam. dan nak buat macam kan dah memang dia ni jenis tak amek tahu apa yang orang nak cakap. dan ada jugak yang jenis asyik ingt dia je yang banyak assigment, macam lah ahli group yang lain tkde assigment lin jugak. yang ni takleh nak cakap ape lah. karang kalau cakap lebih-lebih merajuk pulak. dan ada sejenis manusia jugak yang jenis tak reti nak amek pandangan orang lain. yang dia tahu idea dia je yang bagus, idea orang lain boleh pergi masuk dalam tong sampah. ini membuatkan kami-kami yang ada idea ni tak sampai hati nak sakitkan diri sendiri untuk mmeberi idea sebabnya nnti idea tu akan dimasukkan ke dalam tong sampah juga. sebab pada kami-kami ni fikir idea kami ni mungkin tak segempak, sehebat mereka tu. dan mungkin dia pandang rendah pada kami. tapi, bila kami-kami ni diam tak beri idea dicakap tak membantu :') manusiaa.. entah ape yang dia nak pun tk thu lah. ha yang ni paling paling palingggggg annoying. sejenis manusia yang hanya nak maintainkan dean list dia. tak kisah macam mana caranya sekali pun dia nak jugak dean list tu ada yang sampai sanggup tikam belakang kawan sendiri. ni hakikat. bila orang cakap masuk universiti ibaratkan akan melalui dunia yang sebenar. pada alin ini baru suku daripada sebenar tu. bila kau dah smbung study peringkat lebih tinggi dan kau dah start kerja, kau akan jumpa orang lagi menakutkan dari ini. dan masa tu bru kita akan melalui dunia yang sebenar-benarnya. 

0 comment[s] | back to top



lelaki atau perempuan?
written on Saturday, December 19, 2015 @ 11:46 PM ✈

19 disember 2015? dekat dah nak masuk tahun baru azam baru. emm azam baru? azam tahun baru kalini adalah nak capaikan azam tahun baru yang lepas-lepas dan masih lagi belum ditunaikan.okay actually tu bukan niat nak post pasal tahun baru ni. untuk entri kalini nak cerita pasal attitude lelaki dan juga perempuan. tadi alin pergi lah tgk wayang dengan classmate alin dalam 5 orang. then masa kami tgk wayang tu row kerusi depan kami tu adalah student lelaki dan mungkin mereka satu kampus dengan alin. mungkin lah tak tahu betul ke tidak. masa tengah tgk wayang tadi lah kan. adalah sorang budak laki ni bukak phone and guess what? emm alin nampak lah wallpaper phone yang agak tak menyenang bagi semua kaum perempuan iaitu bahagian dada yang tak sepatutnya dipertontonkan oleh lelaki. walaupun gambar tu mungkin bukan orang islam, dan sebagai orang islam dia tak patut lah buat gitu kan. begitu jugak perempuan yang letak wallpaper lelaki korea yang ada badan berketak-ketak tu. tak bagus sebenarnya. nak letak boleh tapi biarlah sopan as a muslim for us. alin bukan nak kata lelaki ni semua perangai tak elok lah apa lah dan alin tak kata jugak perempuan tu salah sebab alin pun perempuan and alin pun minat jugak dengan mamat-mamat korea ni but alin takde lah fanatik sangat smpai bila dia bukak baju alin jd excited terlebih minat pada muka dia yg handsome dia ja >.< haha. alin cuma cerita apa yang alin lihat dan lalui depan mata alin sahaja ya. 

0 comment[s] | back to top



apa yang menarik tentang malaysia?
written on Friday, December 18, 2015 @ 11:54 PM ✈

bila orang luar masuk malaysia dorang mesti kata malaysia ni cantik, best, banyak tempat boleh shopping and so on lah. and paling penting dorang akan cakap org malaysia ni semuanya friendly belaka. haha wei bangga lah sikit. so cerita pasal orang luar ke malaysia ni. tadi masa tengah breakfast kt satu tempat fastfood ni. masa tengah makan ni alin ditegur oleh seorang dr falsalah yang jadi lect dekat satu IPTS ni. dia baru je sampai malaysia 2 weeks ago. so masa tgh breakfast kami sembang-sembang lah sebab meja dekat-dekat kan. alin tanya dia how malaysia? is good or bad? the dia jawab dia suka malaysia byk tempat-tempat best , orang-orang kt sini pun semua friendly, hormat semua org even dia bukan org malaysia sekali pun. dan dia tanya satu soalan dekat alin. emm macam mana ye orang malaysia boleh survive dekat malaysia ni. yelah sana tax sini tax pergi mana-mana pun tax mesti ada. nak makan pun ada tax. dan dia kata last week dia pergi outstation ke klcc masa ontheway tu dia kata smpai tak terkira tol yang dia lalu. dr sampai ke klcc. walaupun amount dia tk byk setiap satu tol tapi bila di kira-kira balik masa pergi sahaja dah hbs lebih 10ringgit tu belum nak balik rumah lagi. tu baru atas jalan. belum cukai tanah, taksiran and sebagainya. alin sampai tak tahu nak jawab apa masa tu. apa yang alin boleh jawab dekat dia tadi. well kalau kami tak byr semua tax tu macam mana kami nak hidup, kalau kami tak byr tax tu kami tak dapat nak beli makanan, barang keperluan harian dan segala barang untuk kami teruskan hidup. dan untuk tol tu. if dekat tempat tinggal alin sekarang takde lah tol banyak sangat mcm kt kl, shah alam tu tp bila sesekali ke sana terfikir jugak dengan penduduk sana. but if they not pay that tol, dorang tkleh pergi kerja. kalau tknak lalu kawasan byk tol dorang kena pula hadap sesak. bayangkan balik rumah pukul6 then pukul 7 or 8 baru nak sampai rumah. esknya kalau nak redah jem kene pergi kerja awal jugak around 6 or before 7 kene keluar rumah dah. berapa lama sangat orang yang bekerja ni dapat rehat. dan sebab tu dorg pilih jalan untuk melalui tol. walaupun kene byr mahal tp demi untuk luangkan masa dengan anak-anak dorang terpaksa. and untuk cukai tanah, taksiran sebagainya. kene byr jugak if tk bayar kena saman and saman tu berganda untuk dibayar, nak taknak dorang kene byr jugak. ini just opinion alin. alin pun tak tahu sangat pasal tax semua ni. sebab alin pun still belajar. tp bila org luar cakap macam tu dekat kita. alin mcm terfikir betul jugak kan. orang malaysia ni semuanya tabah-tabah belaka. boleh byr semua tu tanpa rasa penat. walaupun ada yang merungut tp dorang tetap byr cukai tu. maaf kalau ada tersalah kata ya. walaupun alin ni masih seorang student tapi alin berckp melalui pengalaman alin pada mak alin. and actually sebagai student pun terasa dengan semua benda ni. :)

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life